Selamat datang ke blog lily enjoy your reading ∪ˍ∪
Cerpen : indahnya cinta ini
"What ?? Kahwin.." jerit Tengku Natasha Afifah..aku menyangka kepulangan aku dari London bolehlah aku rehat dan merawat luka dihati selepas dilukai oleh Tengku Ashraf Hanif tapi sangkaan ku meleset..
"Tak perlulah nak jerit Tasha..pekak telinga mama ni..ya mama nak tasha nikah dengan muhammad syazwan anak kepada kawan mama ..Maimunah nama dia..Tasha pernah jumpa dia kan ??"tegur mama.. papa pula dari tadi hanya mendiamkan diri dan memandang ku seperti harimau kelaparan ingin menerkam mangsanya..
" Hah mak cik Maimunah ?? Die kan tak setaraf dengan kita..Mama dah gila, Tasha tak naklah kahwin degan anak dia..dah tak ada orang lain ke mama.." tempik aku bila mendengar nama muhammad syazwan disebut..bukan aku tak nak tapi kenapa dia..huhh..perlahan lahan aku mengeluh...
"Habis dengan siapa kau nak kahwin..papa tengok syazwan tu rajin budaknya..hari- hari pergi ke masjid..hormat orang tua..cakap pon lemah lembut je dengan semua orang..ramai tau perempuan tergila gilakan dia..boleh dia bimbing kau..tengokla pakaian kau yang macam dah tak cukup kain tu.." papa mula bersuara..aku terkedu..apa ?? pakaian tak cukup kain ?? dah ni fesyen...getus ku tetapi hanya di dalam hati
" Betul cakap papa kamu tu Tasha..mama nak sangat menantu macam syazwan tu.Hensem pulak tu..apa lagi yang kurang Syazwan tu Tasha.Kalau pasal harta tu mama tak kesah pon..yang paling penting dia boleh bimbing Tasha.."
Huhhhh aku mendengus..susah sangat ke nak faham, aku tak nak kahwin..tak nak!!!!! Jerit aku di dalam hati..
"Keputusan papa muktamad sebulan dari sekarang kamu siap sedia untuk kahwin..papa tak nak dengar apa-apa alasan dari Tasha.Malam ni papa nak jemput keluarga syazwan datang rumah berbincang pasal hal ni..pakai baju elok-elok sikit..jangan malukan papa..." arah papa apabila melihat aku hanya mendiamkan diri..
"Apa ?? Sebulan dari sekarang....cepatnya..sampai hati papa kan..kalau Tasha tau, Tasha tak baliklah kat sini..."ucapku dan terus berlari masuk ke bilik..ini tak adil..papa jahat !!!
"Abang betul ke keputusan kita ni..abang tak rasa ke kita patut bagi Tasha peluang untuk bersiap sedia ?? ...kesian dia saya tengok..." Tengku Natasha Faridah risau kalau dipaksa anaknya akan melarikan diri...itulah satu-satunya anak perempuan dia...
Tengku Zarif Haikal termenung..pertanyaan isterinya hanya dibiarkan..tidak tahu macam mana lagi harus dia lakukan..kepulangan Tasha.. benar-benar membuatkan dia gembira tapi selepas melihat pakaian Tasha sebentar tadi hatinya sakit..walau apa pon yang terjadi Tasha mesti kahwin dengan syazwan..ikrar Tengku Zarif Haikal di dalam hati **********
Aku menangis sepuas hati aku..sampai hati papa..kenapa mesti muhammad syazwan budak lelaki yang sering membulinya waktu disekolah rendah dulu..teringat kembali perbuatan lelaki itu terhadapnya
" Woi anak orang kaya..cantiklah beg kau, nak tengok boleh.." aku menjeling budak lelaki didepan aku...sejak hari pertama aku masuk ke sekolah itu selalu sahaja budak lelaki itu mengganggu aku..
"Apa yang kau nak hah syazwan..aku tak kacau kau pon kan..pergilahhh !! kalau tak aku bagitau cikgu kau kacau aku.."jerit aku dekat budak lelaki itu
kelihatan muka budak lelaki itu merah menahan marah..
"Berlagaklahh kau ni anak orang kaya..nak tengok pon tak boleh" tiba-tiba tudung aku ditarik dan tertanggal..budak-budak yang lain hanya ketawakan aku
"Cikguuu...tengok syazwan dia tarik tudung saya..uwahhhhhh.."aku menangis kerana malu ditertawakan..kelihatan Cikgu Rashidah berlari ke arah ku...
Lamunan aku terhenti apabila aku mendengar ketukan di pintu bilik aku..mesti budak tu dah sampai huh getus aku di dalam hati
"Tasha..dah siap ke syg ?? Keluarga mak cik maimunah dah sampai, jom turun makan sekali syg..." aku mencebik...huh baiklah kalau papa nak aku kahwin dengan budak tu, aku akan kahwin tapi aku akan buat budak tu ceraikan aku..heeheheh..aku tertawa kecil..
"ok mama..kejap lagi Tasha turun.." aku terus menukar baju..humm..pakai baju..T-shirt dengan seluar panjang pon dah ok dah..bukan nak sambut VIP pon..
"Mana Tasha.." tanya Tengku Zarif Haikal apabila tidak melihat kelibat Tengku Natasha Afifah..
"Kejap lagi die turun abang...hah akak Mun jemputlah makan jgn malu-malu..nanti kita nak jadi satu keluarga dah..." pelawa Tengku Natasha Faridah kepada bakal besannya..
" Terima kasih Tengku..sebab sudi jemput saya dan sudi berbesan dengan saya..saya bukan dari keluarga senang pon..."tersenyum Maimunah apabila Tengku Natasha Faridah melayannya dengan baik..
"Ehhh panggil Faridah je lah ye... tak apa lagipon saya berkenan sangat dengan Syazwan ni ...baik budaknya..solat pon tak tinggal..berbeza dengan anak saya Tasha tu..harap-haraplah lepas kahwin nanti perangai dia berubah.." aku yang baru sahaja turun dari bilik aku mendengus..huhh...apa mama ni cakap macam tu dekat budak tu ishhhh malulah aku...mesti dia ketawakan aku nanti..
"Mak cik.." aku menyalam tangan mak cik Maimunah..wajah ibu tunggal itu kelihatan ceria sahaja..mesti gembira dapat menantu cantik macam aku..heehheh..perasan je aku ni..aku terkaku apabila melihat Muhammad Syazwan di sebelah mak cik Maimunah..ishhh pandang-pandang pulak sekali aku tampar berterabur gigi budak ni..ehhh tapi hensemlah dia....putih bersih je..erkkk nape hati aku berdegup kencang ni..mcm nak tercabut je..ishhh jgnlahhh hati, jatuh hati kat budak ni aduii..
"Amboi Tasha taulah Syazwan tu hensem jgnlah pandang sampai nak terkeluar bijik mata tu hahaaa.." aduii mama ni..malulahh aku..uwahhhh..mesti dia salah faham nnti..muka aku mesti tengah merah mcm udang bakar...malu gilerr !!! Aku terus duduk disebelah mama..ehhh mana yang lain ??..aku pelik sebab abang-abang dan adik aku tak kelihatan pon dari tadi..
"Mama mana along,angah ngan adik..dari tadi Tasha tak nmpk ?? "Macam biasalah Tasha along,angah kamu sibuk dengan urusan pejabat..adik kamu pulak tidur dekat rumah syarif nak buat ulang kaji spm sama-sama..nasib baiklah kamu balik kalau tak bosan mama.."
" Aik awak ni cakap macam saya ni tak wujud pulak kat rumah ni..."gurau papa...mama cuma tersenyum je...aisehhh sweet pulak aku tengok mama dengan papa ni...hehehehh
"Hah Syazwan dari tadi senyap je...jgnla malu-malu buat macam rumah sendiri.." semua memandang ke arah Syazwan..
"Ehhhh..mana ada malu..saya cuma belum dapat sesuaikan diri je...sedap la sambal ayam ni..sape masak, Tengku ke.."?? huhh..baru dengar suara ingatkan bisu tadi..aku menjeling Syazwan dan teruskan suapan akuu..mama masak memang the best !!!
"Jgnlah panggil Tengku..panggil mama je..lagi sebulan kan Syazwan nak jadi menantu mama dah..."uhukkk uhukk tersedak aku apabila mama sebut soal perkahwinan aku....aduhhh baruu jew nak happy-happy..lupe pulak aku kene kahwin dengan budak ni...takpe aku dah ade plan nak buat budak ni ceraikan aku huuhuu... tengok je lahh Syazwan...aku akan balas balik apa yang kau buat kat aku...
"Tasha makan tu elok2 sikit..jgn gelojoh..papa tetap dengan keputusan papa nak kahwinkan Tasha dengan Syazwan...yang lain papa settlekan Tasha dan Syazwan siapkan diri jew..faham..??" Aku hanya menunduk memandang lantai..huhh..papa ni..
"Baiklahhh papa..." amboi belum kahwin lagi dah panggil papa..gatal betul budak ni..takpe2 kau tengokla nnti..tak sampai sehari kau dah ceraikan aku hehehhh..aku akan balas balik perbuatan kau...hhahahahahahha.. aku ketawa dalam hati... ************
bersambung....
#ingatkan nak sambung sampai habis..tapi mata dah mengantuk sangat ni, saya cuma nak luangkan masa lapang saya yang terlampau lapang ni dengan try buat cerpen..komen please segala kritikan saya terima :-) Insya Allah esok saya sambung yang kedua.. #tajuk sambungannya indahnya cinta ini 2... btw kawan saya ada jual kuih raya kalau nak jgn malu2 komen jew k...
hi...cerpen yg bgus..tp sy pcaya dgn olahan yg lbih lg psti akn mnghasilkn cerpen yg mantap..btw,thanks kerana melawat blog sy.. XOXO -mizz D.L ..sy akn tunggu smbungan cerpen ni..smbung cpt2 tau..
ReplyDeleteHaha..terima kasih ��...ok saya akan siapkan cepat2..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehai, saya singgah di sini... ^_^ cerpen ni best cuma kalau boleh elakkan guna perkataan-perkataan short form.. contoh : jgnla.. bagi saya short form akan menjejaskan cerpen... sekadar memberi ulasan.. harap maaf andai tersinggung... :)
ReplyDeleteTak saya tak terasa aty pon :-) terima kasih sebab sudi singgah blog sye yg tak seberapa Nie..
Delete